CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 10, 2008

Muzium Dulu dan Kini







Antara Artifak dan Koleksi Pihak Muzium di Kawasan Perkarangan Muzium











Jalan - jalan Cari Muzium...





























Monday, September 1, 2008

Lawatan ke Muzium Negeri Penang~pengalaman yang berharga



Lawatan Ke muzium telah membuka mata dan fikiran bahawa muzium merupakan satu tempat penceritaan antara satu zaman dengan zaman yang lain . Hal ini adalah kerana di dalamnya tersimpan seribu satu khazanah yang perlu dihayati oleh penduduk dan juga pemimpin. Projek melestarikan pusat warisan sejarah ini juga sebenarnya membantu mempromosikan satu pusat tarikan pelancong. Akhir sekali jika ada masa singgah sebentar atau curi sedikit waktu anda untuk ke sana. Moga kita sekalian dapat manfaat darinya.



















Latar belakang Pulau Pinang


Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semananjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.



Nama Pulau ini ialah diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.



Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

Cina: 635,500 (42.5%)

Melayu: 612,300 (41.0%)

India: 148,000 (9%)

Lain-Lain:Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)

Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)



Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.







Sejarah Pulau Pinang

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma.


Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.





Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790.

Malangnya, percubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867.

Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.



Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang#Sejarah

Thursday, August 14, 2008

Sejarah Bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang

1817 - Bangunan ini mula dibina atas dermaan daripada Syarikat India Timur, di bawah kelolaan Kapten Robert Smith ( Jurutera Diraja ). Beliau telah menyediakan pelan untuk bangunan ini dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan.

1821- Bangunan ini dinamakan sekolah Penang Free dan telah menempatkan anak-anak Pulau Pinang. Nama ini diberikan "Penang Free" kerana pengambilan para pelajar tidak mengira bangsa.

1942 - Hampir separuh bangunan ini, iaitu sayap bangunan sebelah barat telah roboh akibat terkena bom dalam serangan Perang Dunia Kedua.


1961 - Bangunan ini hampir dirobohkan kerana Kerajaan Negeri hendak membina sebuah bangunan sekolah yang baru tetapi telah dibatalkan setelah cadangan Perdana Menteri Malaysia yang petama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diterima iaitu menjadikan bangunan tersebut sebagai sebuah muzium memandangkan pada waktu tersebut tiada sebuah bangunan yang mengumpul bahan - bahan sejarah dan warisan Pulau Pinang. Selain itu, Almarhum juga merupakan salah seorang pelajar Sekolah Penang Free sekitar tahun 1915.


1964- Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang ditubuhkan.



1965- Dibuka dengan rasminya oleh Gabenor Pulau Pinang yang petama, Raja Tun Uda Al Haj Bin Mohamad.


Pengenalan kepada Perkarangan Muzium

Bangunan Muzium adalah bangunan paling menonjol sepanjang Lebuh Farquhar. Artifak yang menghiasai perkarangan tentu menarik perhatian semua yang melintasinya. Gerabak asal keretaapi funikular Bukit Bendara, sauh kapal Perancis " Mosquet" dan meriam di pintu Muzium, semuanya seolah-olah menjemput pengunjung masuk menikmati khazanah di dalamnya.


Pulau Pinang terkenal sebagai negeri di Semananjung Malaysia yang mempunyai paling banyak bilangan kaum minoriti dan sejarah penduduk dari pelbagai keturunan. antaranya, termasuklah orang keturunan Arab, Acheh, Armenia, Bugis, Burma, Jepun, Jawa, Minangkabau, Siam, Sri Langka, Eropah, dan keturunan Serani- dari campuran pendatang awal Portugis, Belanda, Inggeris, Island, Scotland, Perancis, Itali, atau German dengan orang Melayu, Cina, India, Siam, atau Burma.



Muzium telah menawarkan maklumat bersejarah kehidupan tiga komuniti terbesar ; Melayu, Cina, dan India. Selain itu, keunikan perkhawinan campuran antara orang Melayu tempatan dengan pendatang awal asing juga telah menghasilkan beberapa keturunan campuran yang unik seperti Cina Peranakan (Baba Nyonya), Jawi Peranakan (Jawi Pekan) dan juga Arab Peranakan. Mereka ini punyai budaya dan bahasa mereka yang tersendiri. Sesetengahnya pula telah diserapkan sepenuhnya ke dalam budaya dan agama orang Melayu. Semua ini boleh lihat di dalam muzium.



Dalam muzium terdapat satu sudut lukisan sejarah yang memaparkan permandangan awal sekitar Pulau Pinang pada kurun ke-19 yang sungguh memukau. Selain itu, sejarah Pulau Pinang juga ditunjukkan melalui panel fotografi, pameran yang berkenaan, persembahan audio-visual dan juga melalui lukisan oleh dua pelukis Inggeris.




Apabila di Pulau Pinang, singgah dulu di Muzium Negara dan pastinya lawatan anda akan menjadi lebih bermakna. Apa tidaknya, apabila anda bersiar-siar membeli-belah di Bandar Geogetown, anda akan melalui jalan-jalan yang dinamakan Lebuh Acheh, Aratoon, Armenia, Jalan Burmah, Lebuh Cina, Chulia, Faquhar, Light dan Lebuh Melayu. Setiap nama jalan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan gambar-gambar dan poskod lama sekitar tahun 1920an turut dipamerkan di Muzium bagi merangsang ingatan dan imaginasi semasa kunjungan ke Pulau Pinang.