CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 14, 2008

Pengenalan kepada Perkarangan Muzium

Bangunan Muzium adalah bangunan paling menonjol sepanjang Lebuh Farquhar. Artifak yang menghiasai perkarangan tentu menarik perhatian semua yang melintasinya. Gerabak asal keretaapi funikular Bukit Bendara, sauh kapal Perancis " Mosquet" dan meriam di pintu Muzium, semuanya seolah-olah menjemput pengunjung masuk menikmati khazanah di dalamnya.


Pulau Pinang terkenal sebagai negeri di Semananjung Malaysia yang mempunyai paling banyak bilangan kaum minoriti dan sejarah penduduk dari pelbagai keturunan. antaranya, termasuklah orang keturunan Arab, Acheh, Armenia, Bugis, Burma, Jepun, Jawa, Minangkabau, Siam, Sri Langka, Eropah, dan keturunan Serani- dari campuran pendatang awal Portugis, Belanda, Inggeris, Island, Scotland, Perancis, Itali, atau German dengan orang Melayu, Cina, India, Siam, atau Burma.



Muzium telah menawarkan maklumat bersejarah kehidupan tiga komuniti terbesar ; Melayu, Cina, dan India. Selain itu, keunikan perkhawinan campuran antara orang Melayu tempatan dengan pendatang awal asing juga telah menghasilkan beberapa keturunan campuran yang unik seperti Cina Peranakan (Baba Nyonya), Jawi Peranakan (Jawi Pekan) dan juga Arab Peranakan. Mereka ini punyai budaya dan bahasa mereka yang tersendiri. Sesetengahnya pula telah diserapkan sepenuhnya ke dalam budaya dan agama orang Melayu. Semua ini boleh lihat di dalam muzium.



Dalam muzium terdapat satu sudut lukisan sejarah yang memaparkan permandangan awal sekitar Pulau Pinang pada kurun ke-19 yang sungguh memukau. Selain itu, sejarah Pulau Pinang juga ditunjukkan melalui panel fotografi, pameran yang berkenaan, persembahan audio-visual dan juga melalui lukisan oleh dua pelukis Inggeris.




Apabila di Pulau Pinang, singgah dulu di Muzium Negara dan pastinya lawatan anda akan menjadi lebih bermakna. Apa tidaknya, apabila anda bersiar-siar membeli-belah di Bandar Geogetown, anda akan melalui jalan-jalan yang dinamakan Lebuh Acheh, Aratoon, Armenia, Jalan Burmah, Lebuh Cina, Chulia, Faquhar, Light dan Lebuh Melayu. Setiap nama jalan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan gambar-gambar dan poskod lama sekitar tahun 1920an turut dipamerkan di Muzium bagi merangsang ingatan dan imaginasi semasa kunjungan ke Pulau Pinang.











































































0 comments: